Wednesday, October 13, 2010

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Tentu anda semua tertanya-tanya knapa post2 latest yg ana post skrg ni berwarna warni kan?? sebenarnya ana saja je wat cam ni sal menurut kajian, warna leh tingkatkan kekuatan ingatan kita sebnyak 78%. Jadi, ana harap setiap ilmu yang dikongsi dalam Blog KAMI ni dapat memberikan impak yg positif kepada setiap pembaca dan penyokong KAMI..
InsyaAllah kali ni kita akan cuba bongkarkan mengenai kecantikan lelaki & kegagahan wanita yang tersembunyi... Masyarakat kita selama ini kebanyakannay menganggap bahawa kecantikan itu hanya lah utk wanita dan kekuatan itu untuk lelaki. 



Sebenarnya
pendapat itu langsung tidak boleh diterima pakai dala Islam kerana kedua-dua sifat trsebut ialah sesuatu yg subjektif. 
Jadi, saya akan cuba huraikan mengenai keadaan di mana seseorang lelaki itu dikira cantik dan keadaan di mana seseorang wanita itu dikira gagah beserta contoh tokoh bagi penyataan tersebut.


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang baik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
Ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

"Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik...."

4 comments:

armz said...

xsemuA org suka tulisan y berwrna warni.. nak2 artikel y berbentuk ilmiah.. buhsan klw baca cmnih..~ with those striking colors, mke my eyes blur... sory author..!~

author said...

kalau g2, anda blh ubah post2 nih..wat je hitam sume..kuasa d tgn anda sbb anda ku sem dpan

armz said...

ha3..ape maslah nta.. ttbe cte pasal KU nih.. teringin nk jd ker.. am boleh usulkan..

Anonymous said...

harrun jiddan!!

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum