Sunday, August 21, 2011

Ramadan


Iftar KAMI

19/8/2011
Jamuan Iftar J17 di Surini (somewhere near Tanjung Rambutan)
Terima Kasih pada y hadir, y xdpat hadir-xpe..tggu jamuan raya pulak 
[mudah-mudahn ade rezeki boleh buat]

Turut Hadir bersama bagi memeriahkan lagi Iftar Jamai'e KAMI
 ialah tutor KAMI, Us Mat Idris dan isteri beliau, Puan Siti Juariah (Tutor K19 )
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang.


menu berbuka: Daging masak merah, sayur kailan ikan masin, tomyam dan telur dadar. [sounds familiar..=) ]




menunggu waktu berbuka puasa






tggu lagi..






dan masih menunggu



last2 ...gambar waktu makan tak sempat nk snap, sbb fotografer pon tgh sibuk hirup tomyam..

sepanjang makan2 tu, kami berbual sesama sendiri..bukak2 cerita.. n macam-macam info baru y kitorang dapat. 
[biasalah, sekarang semua payah nak berjumpa-duduk luar kan..]

sehinggalah pada satu stetmen y keluar dari mulut Pn Siti Juariah y terus menjadikan suasana bising tadi menjadi senyap.

******

"Sayd, kenapa makan sikit je?"

 - "demam ustzh, kena hujan wktu pegi JAPIM ptg td.."

******

sambungannyer biarlah KAMI shj y tahu..


salamullahi alaikum..

*skdr guruan smbil mnceritakan apa y berlaku semasa Iftar kpd mereka y tiada- xberniat mnyakitkan hati mana2 pihak..

Saturday, August 20, 2011

Gambar Paparazzi

Anwar dg Ustaz Hafiz

Una&Husna dg Ustaz Paha

Sayed dgn Ustzh Najwa








Gambar di ambil di kubikal pensyarah...
Musim Assignment - Kolaborasi
=)

Sekitar BIG Fasa 2

Bina Insan Guru Fasa 2
19 Ogos 2011
Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh
aktiviti: ceramah & bengkel








Wednesday, August 17, 2011

The Day

Dalam sibuk menyiapkan tugasan
KAMI tidak melupakan seorang sahabat kami yang menyambut ulangtahnu kelajirannya pada hari ini

di sini, KAMI ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun kepada
akh Sayed Ahmad Zulhafiz
yang menyambut ulantahunnya y ke 20 pada hari ini
18 Ogos 2011
semoga apa yang diidamkan akan menjadi kenyataan
insyAllah...

Gambar ni boleh gerak sebenonye.. tp xtw knape tak gerak kat sini..kena klik dulu baru dye gerak..
err..anyone?

Sunday, August 7, 2011

jangan terlalu berharap KEBAIKAN kita dibalas



Kadang-kadang berasa geram, kecewa dan hampa juga bila kebaikan yang kita lakukan kepada seseorang tidak dihargai walau pun sekadar mengucapkan terima kasih. Itulah kelemahan manusia,inginkan dirinya dihargai.

Jangan berasa kecewa dan merajuk bila keadaan ini berlaku. Sesungguhnya Allah tidak pernah leka dan terlepas pandang terhadap kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Ganjaran pahala tetap akan dibalas di akhirat nanti. Kita hanya perlu perbetulkan niat agar melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.

Tabiat suka mengingkari, membantah dan memperkecilkan nikmat merupakan penyakit lazim yang menimpa manusia. Nikmat Allah yang tidak putus-putus dibalas dengan mengingkari perintahNya dan melakukan laranganNya. Begitulah tabiat manusia. Apa nak dihairankan jika mereka mengingkari kebaikan yang pernah kita berikan kepadanya.

Siapalah kita untuk mengungkit-ungkit secebis kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain berbanding kebaikan Allah kepada seluruh makhluk. Namun Allah Maha Sabar dan Maha Pengasih. Allah terus-menerus mengurniakan nikmat walau pun hambaNya menderhakaiNya saban waktu.

Berlapang dada dan bersabarlah. Teruskan memberi kebaikan kepada orang lain walau pun tiada penghargaan, terima kasih dan balasan. Bersyukurlah kerana Allah memilih kita untuk melakukan kebajikan ketika orang lain melakukan kejahatan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk istiqamah melakukan jasa, bakti dan kebaikan kepada sesiapa sahaja semata-mata inginkan kemuliaan di sisi Allah di akhirat kelak.

Sekian peringatan bersama untuk hari ke-7 berpuasa ini.

RAMADHAN KAREEM........

SH Ya Zamilah!

Assalamualaikum 
Post kali ini, KAMI ingin menyampaikan ucapan 
buat Ukhti fillah KAMI yang menyambut ulang tahun kelahirannya.

Buat 
Ukhti NURUL HUSNA, 
SANAH HELWA YA JAMILAH…

MOGA ALLAH PANJANGKAN umurmu dengan kebaikan
 dan ditunaikan segala hajat2mu Ukhti…
Moga dirimu berjaya dalam pelajaran, tarbiyyah, dakwah, urusan addin, 
dunia dan akhirat…
Kullu sanah enti aqrob ilallah…


Tuesday, August 2, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN AL-KAREEM.. (^^,)


  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi AllaH
    • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku
    •  Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum