Monday, August 30, 2010

Isu Palestin hari ini bukan perkara baharu..

DAPATKAH kita merasai penderitaan rakyat Palestin yang 'dipenjara' di tanah air mereka sendiri? Dinafikan segala aspek kemanusiaan mereka lalu yang kita dengar tangisan, raungan dan kesakitan wanita dan orang tua yang lemah tidak berdaya. Lebih menyayat hati, anak-anak kecil yang tidak berdosa turut menderita akibat diboikot.

Sengaja dibawakan senario yang berlaku kini kerana begitulah juga yang dideritai oleh Nabi Muhammad, kaum keluarga dan seluruh umat Islam apabila selama tiga tahun dipulau oleh puak Quraisy. Sebelum itu, pemulauan adalah kaedah yang paling mudah untuk kononnya memberi 'pengajaran' kepada pihak lawan.Tidak siapa ketahui siapa di kalangan puak kafir Quraisy yang begitu pintar sehingga berjaya mencetuskan idea melancarkan boikot terhadap Rasulullah sebagai usaha menghalang baginda menyebarkan Islam.Tetapi kata sepakat telah diambil dan deklarasi dibuat puak Quraisy untuk menyekat kemaraan Islam dengan menghalang hubungan dari mana-mana pihak daripada menghampiri Nabi Muhammad dan para pengikutnya.

Deklarasi memboikot itu ditulis secara rasmi yang kemudiannya digantung di Kaabah. Perjanjian boikot itu dikatakan ditulis oleh Manshur bin Akramah yang disahkan oleh seluruh perhimpunan para pembesar Quraisy. Namun menurut al Mubarakfuri dalam buku Sirah Nabawiyyahnya yang menulis perjanjian itu ialah Nadr bin Al Harith. Yang sebenarnya ia ditulis oleh Baghid bin Amir bin Hashim di mana Rasulullah SAW dikatakan telah mendoakan kecelakaannya, lalu tangannya menjadi lumpuh! Pada mulanya dikatakan mereka bercadang memboikot Rasulullah sahaja, tidak melibatkan seluruh Puak Bani Hashim dan Bani Al Mutalib. Tetapi apabila bapa saudara Nabi, Abu Talib melihat anak saudaranya itu diboikot lalu dia mengumpulkan semua suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hashim dan bertanya sama ada mereka bersetuju dan sanggup melihat Nabi Muhammad dipulau. dah tentu2 lah mereka tidak bersetuju dan bersepakat untuk melanggar sekatan itu.

Abu Talib pun berkata kepada Nabi Muhammad: "Janganlah kamu risau wahai Muhammad, kalau mereka semua memulau kamu, menyisihkan kamu, kami akan tetap bersama-sama dengan kamu dan membantu kamu!"
Apabila mendapat tahu Nabi Muhammad mendapat pembelaan dan bantuan terutamanya dari si bapa saudara yang selama ini begitu membela baginda, menyebabkan Abu Jahal mengumpulkan semua pembesar Quraisy supaya gerakan memboikot Nabi Muhammad perlu diperhebatkan. Caranya, dengan turut memboikot seluruh kaum keluarga, suku Bani Hashim, Manaf dan sesiapa sahaja yang cuba membantu baginda.

Abu Jahal berjaya mempengaruhi semua pihak itu dan untuk menguatkan lagi kempen memboikot itulah mereka menulis satu surat perjanjian bagi menunjukkan bahawa tindakan itu dibuat secara rasmi dan tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikannya. Mereka bersumpah bahawa kaum Quraisy sepanjang hidup mereka akan melaksanakan boikot ini iaitu dengan menetapkan perkara-perkara yang berikut:

1) Tidak dibenarkan sesiapa jua pun boleh melakukan sebarang urusan, berjual beli dan berdagang dengan suku Abdul Mutalib, suku Abdul Manaf dan suku Hashim serta sesiapa yang beriman dengan Muhammad dan agama Islam yang dibawa oleh baginda.
2) Tidak dibenarkan sesiapa pun untuk bergaul terutamanya menjamu atau memberi makanan kepada mereka.
3) Tidak dibenarkan sesiapa melakukan ikatan perkahwinan dengan mereka.
4) Tidak dibenarkan Nabi Muhammad dan seluruh kaum keluarga dan pengikutnya membeli makanan dan mendapatkan apa juga bentuk bantuan dari luar Mekah.

Demi keselamatan seluruh kaum keluarga dan umat Islam, Abu Talib akhirnya mengajak mereka (kecuali Abu Lahab yang enggan menyertai) meninggalkan Mekah dan pergi ke pinggiran kota Mekah di kawasan yang berbukit. Kemudian mendirikan sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Syiab atau Kampung Abdul Mutalib.
Tujuannya, untuk mengelakkan serangan-serangan secara mendadak oleh pihak Quraisy terhadap Nabi Muhammad dan para pengikut baginda. Lalu didirikan juga menara-menara kawalan untuk mengawasi setiap pergerakan.
Rasulullah dan pengikut-pengikutnya benar-benar menjadi mangsa pemulauan tersebut, iaitu selama tiga tahun.
Tekanan dan penderitaan yang dialami merupakan satu lagi episod kekejaman Quraisy malah mereka sebenarnya dapat mendengar akan jeritan, raungan dan jerit tangis mangsa-mangsa terutama kanak-kanak Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang benar-benar tertindas akibat pemulauan itu.
Manakan tidak mangsa-mangsa hanya mampu makan sebutir kurma sahaja sehari. Bahkan hanya setengah butir sahaja yang terpaksa dikongsi-kongsi dengan orang lain.
Namun tangisan dan keperitan pengikut Nabi tidak dipeculikan, matlamatnya ialah supaya baginda menyerah kalah dan berhenti menyebarkan Islam baru boikot itu akan dihentikan.
Pemulauan ekonomi dilakukan begitu hebat. Segala bahan keperluan terutama makanan disekat. Orang Musyrikin tidak membenarkan makanan yang dibawa masuk ke Mekah atau sebarang dagangan kecuali mereka sendiri akan segera membelinya semua sekali.
Ini tentu sahaja memberi kesan buruk kepada perkampungan Abu Talib kerana jika mempunyai wang sekalipun tetapi tidak dapat membeli barangan keperluan terbabit.
Watak utama yang begitu berjaya menjayakan tekanan tersebut adalah Abu Lahab.
Dia sentiasa berseru dan tidak berhenti berkempen kepada orang ramai terutama ketika berada di pasar supaya memonopoli pembelian bekalan supaya tidak ada yang akan mampu di beli oleh umat Islam.
"Naikkan harga, naikkan harga agar pengikut Muhammad tidak dapat membeli!" Abu Lahab sendiri sanggup membeli pada harga yang luar biasa mahalnya.
Bila ada saudagar-saudagar luar yang terus berurusan menjual bekalan dan keperluan kepada Bani Hashim, puak Quraisy sanggup membeli dengan harga berlipat kali ganda.
Ini menyebabkan ada umat Islam yang terpaksa makan rumput-rumput kering bagi menghilangkan lapar.
Tekanan kelaparan demikian dahsyatnya sehingga kata Saad bin Abi Waqqas: "Suatu malam saya keluar ke lembah dalam keadaan hampir kehabisan tenaga akibat kelaparan dan keletihan. Tiba-tiba saya melihat sekeping kulit unta kering.
"Kulit itu saya cuci sehingga bersih. Kemudian saya bakar kulit itu. Apabila kulit itu masak terbakar, saya racik-racikkan kulit menjadi potongan yang kecil yang kemudiannya saya rendam dalam air.
"Kulit itu menjadi makanan dan saya bertahan selama tiga hari dengan hanya memakan kulit unta itu sahaja."
Sebenarnya di kalangan kafir Quraisy ada yang menaruh simpati dan cuba membantu pengikut-pengikut Rasulullah.
Antaranya anak saudara Siti Khadijah Khuwailid, Hakim bin Hizam dan rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke perkampungan Abu Talib itu.
Tugas itu sebenarnya tidak mudah kerana sentiasa diawasi dan dikawal oleh kafir Quraisy.
Apabila malam semakin larut Hakim dan rakan-rakannya akan mengikat bekalan makanan terutamanya gandum dan buah kurma di atas beberapa ekor unta.
Unta-unta itu kemudiannya dilepaskan begitu sahaja ke arah perkampungan Abu Talib dengan harapan bekalan itu akhirnya akan jatuh juga ke tangan pengikut-pengikut Rasulullah yang diboikot itu.
Namun tidak kurang juga yang dirampas oleh kalangan musyrik Mekah tersebut.
Malah sering terjadi juga pergaduhan apabila pihak Quraisy terutama Abu Jahal s bertindak menghalang sebarang cubaan untuk menggagalkan boikot itu.
Sepanjang tiga tahun di boikot itu, seluruh umat Islam dan Bani Hashim hanya keluar dari perkampungan Abu Talib di bulan-bulan haram iaitu bagi membolehkan mereka mengerjakan haji dan tawaf di Kaabah.
Hanya pada bulan-bulan itu sahajalah juga Rasulullah dapat keluar dan menyeru kepada agama Islam. Tetapi itupun cuba diganggu oleh Abu Lahab yang sering mengekori baginda ke mana sahaja dan berteriak kepada orang ramai bagi menyekat dakwah Islam dari terus berkembang.
Kempen pemulauan ini perlu dilihat sebagai pengajaran yang sangat besar kepada umat Islam jika ditakdirkan berlaku begitu. Sedangkan Allah dan segala perencanaan-Nya mampu menggagalkan tindakan yang menindas umat Islam itu.
Sekalipun teruk diboikot, adakah Rasulullah dan para pengikut akhirnya mengaku kalah semata-mata supaya penderitaan itu dapat ditamatkan?
Apabila baginda mampu bertahan dan sekali-kali tidak menyerah kalah dengan menggadaikan maruah agama maka begitu jugalah pengajaran yang perlu diambil oleh umat Islam hari ini.
Seperti penjajahan oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin yang memaksa umat Islam Palestin mereka bertahan dalam keadaan serba kekurangan selama berpuluh tahun

lailah al-Qadr.. search for it!

Saturday, August 28, 2010

Anak siapa la xterdidik nih.....sian nengok~



apa tindakan kita sbgai muslim ? sekadar melihat, kutok2 , sumpah seranah ??
fikir2kan dan selamat membuat anjakan paradigma

Esemen yang melampau telah menyebbkan anda tidak ke surau?

Salam Sejahtera
entri kali ni nk citer sket pasal subuh gajah. entri ni sbnrnya dipetik drpd blog seorang sahabat. kisah hidup beliau, y dialami sendiri dalam rumhtgganya. beliau telah 'ditangkap' oleh anak2 beliau solat subuh di rumah kerana terlewat bangun. perbuatannya ini telah menyebabkan anaknya menyangka tidak mengapa orang lelaki solat di rumah. =) so, aku amek sket je daripada entri beliau nih, y aku rasa kita boleh jadikan panduan...hu3..

********

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah pakatan rakyat dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..
Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat aku tetapi mengamalkan apa yang aku seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah disana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:
Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Nak tunjuk pada Allah bahawa perintah Allah itu lebih UTAMA dari semua perkara…, betul tak?

Alasan Lambat Paling Kukuh

*entry ini dipetik daripada blog seorang sahabat*

komen paen ~
"emm bg aku, konsep die ckp sempoi
ckp kekdg ksr,perli,lucah pon ade
but ade intipati agama
n beliau mmg bjiwa daie"
dan disebabkan antara KAMI pon de y berminat pasal tahik nih.. ana pon tolong la uplodkan citer y best untuk dibaca...


baca post nih sampai habes.. ILMU nya ada di hujung cerita.. semoga bermanfaat..  
silalah baca entri beliau nih..

**********************
  
(jika korang rasa lapar kerana baru belajar puasa, bacalah entry ni, mudah mudahan, rasa lapar korang hilang dengan penuh keinsafan)

Terperangkap dalam ruang menunggu di petang bulan Ramadhan memang memboringkan, masing masing berwajah boring nak mampos lalu aku yang berada di celah-celah kasih sayang di antara mereka cuba membuka topic perbualan agar terubat kebosanan di samping menambah pahala hendaknya…

Jangan ditanya bagaimana kami boleh terperangkap dalam ruang menunggu di petang Ramadhan itu, tapi tanyalah apa topic yang perlu kitaorang bincangkan agar kebosanan ini terbunuh bersama munculnya ilmu baru yang bakal menjadi pencerah kubur jika kena dengan gayanya..

Aku memilih untuk membincangkan bab “kesihatan”, sebab dalam umur 30-an sebegini, dan bersama member-member seperut yang perasan muda,(tapi perut buncit mencecah lutut), patut sekali mereka di beri kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga keafiatan diri demi ibadat yang masih ada baki lagi separuh umur untuk disempurnakan sebelum jasad terbaring dalam kubur dan akhirnya, perut mayatpun meletup pada hari ketujuh bersama ulat ulat sebesar usus tahik..

Akupun memulakan perbualan dengan ungkapan berbentuk soalan:

“Korang tahu tak, bahawa kesihatan kita dapat diketahui tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita?”

Terus mereka menjeggilkan mata, terkejut barangkali..

“Kita akan sihat, jika tahik kita sihat”
Sambung aku tanpa rasa bersalah sedikitpun..

“Ok, sekarang aku nak tanya, siapa kat sini yang berak hari hari?”
Ada sorang dua jer yang angkat tangan, itupun teragak-agak., aku dengan gigih bertanya lagi...

“Siapa yang berak selang sehari?”

Ramai pulak yang mengaku dan ada jugak yang bagitahu berak hanya beberapa kali seminggu..

“Baik, jika korang nak tahu, orang yang sihat adalah orang yang berak hari-hari, sebab system penghadamannya bagus, dan lancar., alhamdulillah,”

Ada yang tersenyum, aku terus bercerita:

“Orang yang berak jarang-jarang, eloklah korang check balik pilihan makanan korang dan selaraskannya dengan aktiviti harian.. ingat.., kita akan sihat, jika tahik kita sihat”

Mereka mulai gelak dengan penerangan aku, aku terus bersemangat…

“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”
“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”

“Tapi Hamka, Sunnah Nabi, mana boleh tengok tahik?”
 Tanya salah sorang dari mereka.

“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”
Mereka gelakkan aku.., apa yang kelakar ntah, dan aku sambung lagi..,

“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”
“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

“Tapi Hamka, macam mana nak tengok tahik dalam tandas cangkung…?”
 Tanya salah sorang dari mereka dengan penuh minat.

“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., jangan balik rumah berak dalam sinki pulak, kesian bini korang nanti dapat laki gila macam korang sebab berak dalam sinki, takpun korang pergi luar Negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”
Mereka terus gelakkan aku.., dan aku tak peduli, aku sambung lagi cerita…

“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”

“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”
“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”
Mereka ketawa tak henti henti.., lalu masa berlalu dengan pantas, dan penantian terisi dengan muzakarah adab makan yang betul…, Apa Nabi makan, Bagaimana Sunnah Nabi makan, Sunnah Nabi berak dan sebagainya…, (dah cerita dalam entry yang lama)

Tapi bila orang yang ditunggu tiba, aku pulak rasa nak berak, lalu terpaksalah mereka semua menambah penantian kerana aku terpaksa dan kau dipaksa…, berak dululah beb..

Selesai berak, mereka mengeluh sebab aku ambik masa yang agak lama untuk berak.., buat kajian tentang tahik ke? Perli salah sorang dari mereka sambil bergurau..

Akupun bagi alasan yang paling kongkrit dalam dunia;

“Aku lambat bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak, jika aku tak basuh berak, tentu aku cepat, tapi sebab islam mewajibkan kebersihan, maka kenalah ambik masa lama sikit untuk basuh berak, lagipun, lepas basuk berak, tiba tiba ada pulak the last drop of ‘kerepok lekor’, tu yang kena basuh berak lagi sekali.., tu yang lambat.., dan korang kena berterima kasih sebab aku ambik masa basuh berak, jika korang nak cepat, boleh jer aku datang tanpa basuh berak, tapi korang pulak yang susah nanti, maka, oleh kerana aku tak nak susahkan korang, maka lambatnya aku bukan sebab berak, tapi sebab basuh berak kerana korang yang tak suka jika aku tak basuh berak, jadi aku lambat kerana korang!”
Woha!

Sekian, akhir kata:

Tahik Yang Sihat, Datang Dari Manusia Yang Sihat!

Selamat berak!
Ps: kenapa aku rasa tak lapar langsung waktu puasa bila muzakarah bab ketahitan?

Wednesday, August 25, 2010

Terima kasih,eXtend tarikh BMK!!!!!!!!!

Wah,mkin extend tarikh,mkin b'tangguh kerja! =(

apa ni??? cmne nk jd cikgu ??

alahai,,,,tulun2

n0ta tangan : bukan semua drp KAMI yg b'sikap begini.Cuma si penulis ini!!
                                         yang lain rajen2 belaka :D


Ya Allah,
tunjukilah jalan yang lurus..........





Amin!!!



si penulis,sila siapkan esaimen BMK kamu malam ni juga!!
(xb0leh buat semua,jgn tinggal semua!)

=P weeee


bye,,selamat b'esaimen..
credit t0 Sayed yg b'jaya memujuk Pn Wan Nab.
KAMI t'hutang budi sama kamu!! tQ!!!!!!!!

Monday, August 23, 2010

A great Dinner with ......??? guess wh0??



D.Y.M.M Raja Muda Dr. Nazrin Shah




K.A.M.I yang bertuah!!!!!!!



s0rry,gambar xclear..

yang penting semua b'wajah suci..





blurrrr..
meja makan para pensyarah..









TERJAH!!!
 Golongan kuat makannn!

ZUSSS....







Di Pentas utama,..

meja santapan tuanku..


Ampun patik tuanku,

mereka memang begini...



"Queen Zakirah"

with

her dayangsss...hihihi

(jgn marah yer..)




*m0h0n maaf mana yang kurang,terkecil hati dgn p0st ini...
*silalah k0men..huhu

Friday, August 20, 2010

buhsan??

family KAMI




dan kini kami sudah majuuu!!!!!!!!

yeah,


xcaye??

.....................

.........

...


hmmm?


teng0k nih,






Wednesday, August 18, 2010

K.A.M.I + M.A.I.N = TALLY....(^^,)

Salam senyum semua!

post kali nih nak kongsi keseronokan KAMI main kat taman permainan
hahaha =)
macam budak2... maklomlah, dah lama xmain bnda nih...
mmg seronok n njoy sgt..





Thursday, August 12, 2010

LEMAN ouhh LEMAN

    aikk tetibe je ada budak kecik bwh meja..siapakah ??


hahh..da naek atas meja pulak dah. haish
eh ehh da turon dok atas lantai pulak..

persoalannya...

siapakah budak ini ?
mana mak ayahnya ?
HURMM.....tgk je r gamba di bwh ni..

     owh anak ustaz yusop rupanya..
budak ni nakal kot...org nk belaja dia dok wt berbagai aksi dalam kelas. huhu
tgk la tu...kasut pon saje2 dibaling sebab ustaz yusof xlayan sgt dia dlm kelas.
papepon, dia sgt la comel..kalo senyum, haishh cair hati.. =p 


ehh cerita punya cerita lupa nk gtau serba sdikit sal dia kan..
budak ni anak sulung ustaz Yusuff, lecturer bahasa arab kami.
nama dia Sulaiman tp kami pnggil dia LEMAN.

hihikk eksklusif la skit kan. =)









Wednesday, August 11, 2010

:: The Making of Iftar Jamai'e ::

alhamdulillah..J17 berjaya uruskan majlis bukak pose kt PIAH td dgn slamat dan jayanya. bile pikir2 balik, cm xcaye da lepas pon ade..huhu
so pe kate kite g ushar gamba2 di sbalik tadbir program nih
terbaekk wok~
\
potong pek kunyit pon kena ada style lahh . hee

bancuh ayor sirap merah

KAMI di pantai?

sekadar rentetan daripada post yang lepas,

Memang seronok dapat menimba satu lagi pengalaman yang baru-pengalaman melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh untuk semua umat Islam kat M'sia nih berpuasa. KAMI telah dijemput untuk turut serta dalam Program Penentuan Awal Bulan Islam (Ramadan) di Baitul Hilal, Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak Darul Ridzuan. 
Sememangnya pengalaman mencerap anak bulan ini memang satu pengalaman yang baru buat KAMI di unit J17. Selama ni duk dengar kat radio @ tgok kat tv je pengumuman puasa ngn raya. tapi kali ini, kami sendiri diberi peluang untuk melihat anak bulan kat tepi pantai..


KAMI semasa menunggu maatahari terbenam 
untuk melihat anak bulan ramadan muncul di ufuk barat.

Adam Akmal semasa mencuba terOpong 
untuk mencari kedudukan sebenar anak bulan dibantu oleh Rafizi 

lagi seronok bila kami semua pakai baju batik. Semua sibuk mencari baju batik sebelum nak pergi program nih.. maklumla, xpernah ada batik dalam almari..hak3..dan akhirnya, secara x sengaja...


Mie ngan Adam 
kita ada _B I R U___


halim ngan amar

*** M E R A H ***


                    dan H I J A U


                                                                    KAMI sporting





overall.. program ni mmg best.. 
wlwpon kami x dpat tgok anak bulan tu.. sebab awan y terlampau tebal(nk ujan)

KAMI gak sempat amek gambar ngn Tan Sri Dato Seri (Dr) Hj Harussani


mmg tip top..


wlwpon anak bulan tidak kelihatan.. kita tetap berpuasa hari ni..
sekali lagi..

"SELAMAT BERIBADAH DI BULAN RAMADAN"




Monday, August 9, 2010

Ramadhan Karim

Bismillah,

Assalamualaikum w.b.t

sekadar perkongsian aktiviti..pada petang ini jam 3.00 pm KAMI akan pergi mencerap anak bulan di Teluk Senangi.Meraih pengalaman baru.Rata-ratanya daripada KAMI masih belum berpeluang melakukan yang demikian sebelum ini.So,ini merupakan 1st experience KAMI..sangat teruja..mohon dipermudahkan urusan..dapat teng0k anak bulan.. =)



KAMI juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'..Sama-sama kita pertingkatkan amalan seiring ketakwaan kepada Allah s.w.t


RAMADHAN KARIM!
ALLAHU AKHBAR!




psstt..: thumbs up to paen yang bertungkus-lumus menguruskan aktiviti ini..

to members KAMI : puasa jangan tak puasa!! 'Slim World'kini bermula..huu

Sunday, August 8, 2010

Madah Siswa: Bahang Asmara

 Izzah dan Fini sibuk mencari bahan dalam buku bahasa Arab

satu kelas sibuk mencari bahan untuk pembentangan madah siswa


mengupas tajuk2 mngikut kumpulan..sebelum diserahkan isinya kpada panel pembentang

dan hasilnya...

Bahang Asmara
Apakah Makna Cinta Bagi Anda?




temu ramah yang dijalankan untuk pembentangan unit KAMI..



Barisan panel (dr kanan: M.Khairul Rafizi, M.Naim Sidqi dan Husan Jamil)  y mengupas tajuk dengan kreativiti masing2. Dikendalikan oleh Sdr. Nur Farahin.

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum