Wednesday, October 13, 2010

~~....CiRi - CiRi SaHaBaT MeNuRuT iMaM GHaZaLi....~~

Assalamualaikum sahabat2 seakidahku yg disayangi..... InsyaAllah pada kali ini ana akan membincangkan mengenai pengertian sahabat menurut pandangan Imam Ghazali. Kita akui bahawa kita mempunyai ramai kawan tetapi hanya sebilangan kecil sahaja daripada jumlah kawan kita itu boleh dianggap sbagai sahabat. Apakah perbezaan antara kawan dan sahabat??? Adakah kedua-dua perkataan tersebut hanya berbeza dari segi ejaan sahaja?? Tidak sama sekali. Sebenarnya kawan itu adalah untuk semua org tetapi sahabat itu hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja.

 
“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
 
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.

“sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
 

Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan … Bedampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan… serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan. Kerana manusia itu diciptakan saling memelukan….
 

Ukhuwah itu bagai seutas tasbih …… di cipta untuk mengingatiNya… ada awal tiada penghujungnya…..dibahagikan untuk cintaNya dan diratib untuk redhaNya…..
Seutas tasbih sebuah janji.

Jadi, ayuhlah kawan2ku sekalian.... Marilah kita semua naikkan taraf perhubungan yg kita bina slama ini drpd kawan kepada sahabat.. Ramai yg menyatakan bahawa rakan sekelas itu umpama adik beradik mereka tetapi sekiranya kita belum lagi mempunyai ciri2 seorang sahabat, nescaya hubungan seperti adik beradik tu hanyalah mainan hipokrit di bibir sahaja.... Tegurlah diriku ini sekiranya aku melakukan kesalahan kerana aku takut diriku ini hanyut dengan kelalaian.....

- INSaN JaHiL-

No comments:

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum