Saturday, October 9, 2010

NoVeL CiNTa ISLaMiC............

Adalah sorang hamba Allah yang tnya ana tentang kebaikan dan keburukan novel2 cinta islamik ni kat mahasiswa...so, ni je la yang ana mampu jawap setelah dibincangkan ngan ustaz dan ustazah ana...sila baca bagi yg berkenaan...smoga menjadi iktibar bersama...


Sekadar perkongsian kepada anda semua mengenai  ‘trend’ pembacaan novel cinta Islamik yang berlegar sekitar kehidupan mahasiswa pada hari ini. Sesuatu perkara itu hendaklah dinilai dari sudut positif dan juga negatif. Ada yang menolak keras dan ada juga yang membantah dan ada juga yang mengiyakan mana-mana sahaja.

Post ni hanyalah pandangan peribadi ana tidak berniat untuk menyokong atau membantah kerana ada baik dan ada buruknya Cuma pada saya pertimbangkan kewajaran dan bebanan yang kita ada pada hari ini. Kalau ada salah dan silap,harap2 kawan2 betolkan ek....


Jika membawa isu ini saya melihat dari sudut negatif yang berlaku ialah:


Melambatkan Perkara Yang Utama dalam Kehidupan
 
Sebagai mahasiswa ada perkara utama yang perlu diselesaikan terutamanya mereka yang bergelar sebagai tenaga dakwah kampus. Ada keperluan gerak-kerja yang lebih besar jika dibandingkan kita duduk dalam pelbagai posisi setiap masa semasa menghabiskan sebuah novel cinta.

Contoh kita agak lambat untuk bangkit menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t. sekiranya nafsu seronok kita dalam membaca novel. Seronok kerana ia bergelumang dengan jiwa dan hati yang sentiasa digalakkan oleh nafsu setiap masa.


Mula Berkhayal dan Syok Sendiri

Ini mungkin berlaku kepada sesetengah pembaca dan menjadi kemestian dalam sesebuah novel untuk menarik minat pembaca ke arah pembacaan yang seterusnya. Tambah parah kita mula masuk dan meletakkan diri kita dalam ruang tersebut dan mula menitip perkara ini dalam kehidupan tetapi yang menjadi masalah kita membawa keluar perkara yang buruk mengikut tafsiran kita sendiri.

Risau ini semakin menyerlah apabila keseronokkan hati kita mula disulam oleh nafsu dan kita mula berkeyakinan inilah cinta Islam yang aku dambakan pada saat ini syaitan mula memainkan peranan mencucuk dan merenggut diri manusia untuk menyakinkan diri kita.
Ingat!!! Dalam kebaikan syaitan juga mampu beraksi

Antara novel-novel umum di pasaran

Menggugat perancangan harian sebagai mahasiswa

Pada hari yang lepas kita banyak merancang agenda yang besar untuk pembangunan diri, mahasiswa dan Islam terutamanya dan pernahkah kita terfikir perancangan kita sering diganggu-gugat oleh perkara yang kecil dalam kehidupan ? sehingga membawa kepada permasalahan yang berlaku kepada Islam pada hari ini.
Kita mengulang dan membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kefahaman dan kerana ketagih membaca.
Sebelum kita memulakan pembacaan adakah kita terfikir tentang perkara utama yang perlu kita selesaikan ?


Dari sudut kebaikan:


Persediaan Dan Pemahaman

Bacalah novel dengan NIAT untuk memahami dan mendapatkan ilmu bukan dengan niat NAFSU yang boleh mengganggu amal ibadah kepada Allah s.w.t. Maaf pandangan saya mungkin keras. Saya berikan contoh ini kepada mereka yang bakal dan bersedia untuk membina Baitul Muslim (BM) pada saya yakin ia sangat bagus untuk mereka.

Adakah anda bersedia dan telah membuat persediaan ? 
Mereka yang ingin membina BM perlu bersedia dan memahami tentang pengalaman isi hati antara manusia dan juga kaedah pendekatan yang diambil untuk melaksanakannya berlandaskan kehendak Islam. Islam tidak melarang kita mencari pasangan tetapi cara dan pendekatan yang diambil perlu mematuhi norma-norma kehidupan sebagai seorang individu muslim.

Satu peringatan jangan kita nampakkan kebaikan kepada hasil kerja nafsu dalaman yang kita buat dan kita yakinkan kepada diri inilah Islam yang sebenar tanpa kita merujuk mereka yang lebih pakar dan arif.

Sebagai kesimpulan satu sahaja perkara yang perlu diterapkan dalam diri iaitu disiplin dalam keutamaan yang lebih penting. Kita tidak boleh salahkan kepada perkara yang negatif tetapi salahkan kepada diri yang tidak mampu mengurus dan mengatur kehidupan dengan baik. Mohon maaf aritkel ini adalah untuk pertimbangan bersama.

Renung-renungkan bersama.....


p/s: kalau ada pertanyaan lain,sila hantarkan pertanyaan anda kepada:

j17ipgki@gmail.com

insyaAllah KAMI akan menjawab soalan tersebut dalam masa terdekat.....


-Azahari-

6 comments:

armz said...

tp sebenarnya saya rasa novel islamic nih amat mmbntu kta memahami dan skaligus mmpraktikkan apa y telah digariskan..

KAMI said...

ye..benar tpi mahasiswa pada masa kini lebih menganggap novel tersebut sebagai bahan hiburan semata-mata....cuba kita perhatikan mahasiswa pada masa kini,ramai yg membaca novel cinta islamik ni but dalam masa yg sama mereka masih lagi berkapel dan melakukan perkara yg dilarang seperti keluar berdua-duaan...sebab itulah saya nyatakan bahawa setiap sesuatu pasti akan ada kebaikan serta kelemahannya....sama jugak dgn novel Islamik ni...

حسنى جميل said...

erm,bila difikir-fikir semula..
ada benarnya tentang n3 nih,,
actually,terpulang kpd kita sejauh mana untuk menilainya..

membaca n0vel islamik jgn sampai abaikan kerja2 yg lebih penting

*kdg2 ana p0n t'babas..
memang asyik membaca n0vel islamik nih..

azahari said...

to husna:: btol..sume bnda perlu dinilai baik dan buruknya...jadi, pandai2lah kita menguruskan masa kita dgan baik...

حسنى جميل said...

mohon share ya,

azahari said...

share la

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum