Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru- Diri yang Baru

kalau perempuan tu cantik/terlampau huduh sampai boleh terjadinya fitnah, dia kena pakai purdah..
-"ish..susah betul lah kalau mcm tu! cantik salah.. xcantik salah.. rasa xbebas langsung...!" 
astaghfirullah.. moga kita bukan daripada kalangan mereka yang bercakap mcm ni.. ayat ni KAMI ada terdengar melalui perbualan antara 2 orang wanita muslim di stesen bas..



Menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang baru; baju baru, mainan baru bagi kanak-kanak, komputer baru, handphone baru (mesti ada yang tukar fon sempena tahun baru ni..) dan macam2 lagi lah benda yang baru-baru..


Maka, nk memulakan cerita, KAMI terlebih dahulu nak ucapkan.. Selamat Tahun Baru kepada anda! selamat kembali kepada rakansahabathandai...! moga tahun baharu ni akan menguatkan azam kita untuk perbaharui diri!


berbalik pada perbualan 2 orang muslimatan tadi, KAMI pun tak tahu macam mana lagi hendak memahamkan mereka. Cuma penjelasan bahawa kita perlu ingat yang Allah memerintahkan kita supaya taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan ulul amri yakni pemimpin. Dan KAMI melihat, peraturan yang diadakan bukanlah peraturan manusia adakan sendiri, tetapi sudah termaktub dalam Syariat Islam. Jika ada kesilapan pun, KAMI mohon maaf. Kami juga manusia.

Kebebasan Sebenar

Dalam Islam, tiada paksaan sebenarnya. Manusia sama ada Muslim atau non-Muslim diberi kebebasan. Bagi non-Muslim mereka bebas menganut mana-mana agama yang mereka yakini. Islam tidak memaksa mana-mana daripada mereka untuk menganut Islam juga tidak memaksa keluar daripada agama asal mereka. Sebagaimana firman Allah:

"Tiada paksaan dalam beragama, Sesungguhnya telah jelas kebenaran dari kesesatan."(al-Baqarah 2 : 256)

Bagi yang Muslim pula, anda bebas beri'tikad, bebas berfikir dan mengkaji serta bebas bercakap dan mengkritik.

Hak Berfikir, Hak Mengkaji


Allah sudah pun mengingatkan kita dalam surah Yunus, ayat ke-101:

"Katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi."

Juga firman-Nya dalam surah al-Hajj ayat ke-46 :

"Tidakkah mereka berjalan di muka bumi supaya ada bagi mereka hati-hati yang mereka dapat mengerti denganna atau telinga-telinga yang mereka boleh mendengarnya? Sesungguhnya mata itu tidak buta tetapi yang buta ialah hati-hati yang di dalam dada."

Oleh itu, tidak salah bagi seseorang untuk mengkaji dan berfikir kerana Allah sudah memperuntukkan hak-hak ini. Allah juga melarang hambanya daripada mengikut apa-apa sahaja mengikut zhon (curiga) dan waham (sangkaan) sebagaimana :

"Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun menolong kepada kebenaran" (an-Najm : 28)

Cuma barang diingat, kita perlu mendahulukan al-Quran dan Sunnah (hadis) berbanding logik akal dalam pengkajian kita.

Kebebasan Bercakap, Kebebasan Mengkritik

Ini satu lagi hak. Kita boleh lihat, ramainya ulama dan begitu juga banyak pula khilaf(perbezaan pendapat). Namun, tidak pula saya jumpa khilaf-khilaf mereka membawa kepada peperangan.

Mereka ini ulama. Maka mereka mempunyai ilmu. Mereka bercakap berdasarkan ilmu mereka yang diumpamakan lautan.

Misalnya, Kitab Tafsir al-Kassyaf karangan Imam Zamakhsayari,pemimpin aliran Muktazilah digunakan oleh pengikut-pengikut Sunnah dan mereka tidak terasa terhimpit atau terkongkong.

Namun, kita yang manusia biasa ini, bisa melakukan kesalahan. Dan kita manusia yang ilmunya sangat cetek ini, layakkah untuk mengkritik sehabis mungkin pendapat-pendapat ulama? Ini berlaku dalam kalangan pemimpin negara kita. Moga mereka, anda dan juga saya diberi hidayah taufik.

Satu Lagi Kebebasan


Lagi satu kebebasan yang selalu manusia sebut, "Biar la, hal aku. Kau menyibuk apa?". Ada juga bersuara, "Kubur masing-masing".

Kebebasan yang tidak dibolehkan ialah kebebasan dalam hal-hal kefasikan dan kemungkaran. Buka aurat dan segala macam maksiat (bukan sahaja berkhalwat dan berzina) adalah perkara-perkara yang dilarang. Jadi anda yang Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya buat benda macam ni.

Apabila sudah menjadi Islam, anda terikat dengan peraturan-peraturan yang menjaga manusia itu sendiri. Hal ini kerana Islam datang untuk menjaga agama, diri, keturunan, akal dan harta benda.

Dalam hal zina, Islam mengharamkannya kerana menjaga keturunan. Mahukah kita keturunan yang haram? Na'uzubillahiminzalik.

Ingat, kami melarang beberapa perkara sebab kita tidak bebas dalam hal kefasikan dan kemungkaran.

Check Diri

Jom pembaca sekalian, KAMI mengajak anda serta KAMI sendiri! koreksi (dlm BI-corrrection) diri adakah kita telah melanggar kebebasan yang disebutkan.

Jika ada, jom kita turunkan ego, tundukkan nafsu, kita kembali kepada ajaran yang sebenar. Jikalau kita mampu berdiri sendiri di atas muka bumi ini, kita tak mengharapkan pertolongan Allah, maka barulah kita boleh bebas melakukan apa sahaja. Namun, bilakan saat itu akan tiba? Saya rasa tiada saat kita tidak memerlukan pertolongan daripada-Nya. Setiap masa mengharap bantuan-Nya.

KAMI juga manusia biasa. Jika ada kesilapan dalam post ini, anda dipersilakan mengkumen secara terhormat dan diplomatik. =)

2 comments:

muallim90 said...

setiap perkara bermula dengan niat..akan tetapi niat yang ikhlas mmg susah untuk di cari..ikhlas ini seumpama seekor semut hitam yang berada di atas batu yg gelap...sahabat2 sempena tahun baru ini ikhlaskan niat kita..tuntut ilmu kerana Allah supaya ilmu yang kita dapat berkat dan juga boleh di sampaikan kepada anak murid kita insyaAllah.....

wasalam

Ammar Ahmed said...

betul bang... rasa cam nak tanam azam belajar krn Allah.. bukan sebb pekse..! ngee~ mudah2n dipermudahkan..

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum