Saturday, August 28, 2010

Esemen yang melampau telah menyebbkan anda tidak ke surau?

Salam Sejahtera
entri kali ni nk citer sket pasal subuh gajah. entri ni sbnrnya dipetik drpd blog seorang sahabat. kisah hidup beliau, y dialami sendiri dalam rumhtgganya. beliau telah 'ditangkap' oleh anak2 beliau solat subuh di rumah kerana terlewat bangun. perbuatannya ini telah menyebabkan anaknya menyangka tidak mengapa orang lelaki solat di rumah. =) so, aku amek sket je daripada entri beliau nih, y aku rasa kita boleh jadikan panduan...hu3..

********

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah pakatan rakyat dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..
Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat aku tetapi mengamalkan apa yang aku seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah disana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:
Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Nak tunjuk pada Allah bahawa perintah Allah itu lebih UTAMA dari semua perkara…, betul tak?

1 comment:

حسنى جميل said...

betul!!!!!...

wau,terpegun bila baca!

ayat mmg semp0i,
mudah faham...

terima kasih kpd pengep0st, =D

Kaum Yahudi kata umat Islam tidak akan menang di Palestin andai s0lat subuh kita tidak seramai solat jumaat... -Sumber,Naqibah ana-

renung-renungkan..

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum