doakan KAMI sume berjaya untuk exam kali nie k?? (^_^)
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran :
Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan :
Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan :
Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit ( 3 kali )
Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa"
Doa memohon kejayaan cemerlang :
( dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.)
Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh