Sunday, October 10, 2010

~~ SeKaDaR PeRKoNGSiaN uNTuK SaHaBaT ~~


Ehem2... Sekadar perkongsian mengenai ilmu yang ana dapat drpd tugasan berkumpulan yg diberikan oleh Ustazah Aishah.. Kumpulan ana dapat tajuk Tugas-tugas nabi dan rasul. Jadi dalam post ni ana nak try share r ilmu yg ana dapat daripada tugasan tersebut.. Mungkin pengolahan ana ni tidaklah sehebat ustaz atau ustazah2 lain yang berpengalaman tpi harap dapat memberikan manfaat kepada semua orang...

Setiap daripada kita ni kena berdakwah untuk mengajak manusia kepada Islam. Islam itu agama dakwah seperti Rasulullah pernah lakukan. Ini kerana, kekuatan kita dan umat Islam zaman berzaman terletak di atas kesungguhan berdakwah untuk menyelamatkan orang daripada azab Allah.

Apabila kita tidak buat usaha dakwah dan sibuk dengan mencari harta dunia, maka agama lain akan datang termasuk Kristian dan agama sesat baru muncul serta menyesatkan manusia. Kristian sebenarnya adalah agama yang sudah habis tempoh laku (expiry date doh la sebenonye). Bagaimanapun, kerana pendakwah Kristian tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan usaha mereka, agama itu seolah-olah lebih hebat dari Islam.

Apabila kita cuma amalkan Islam secara sendirian dan bukannya secara berjemaah seperti diamalkan Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya selagi itulah misi Kristianisasi akan menyerang kita (brother lim yg gtaw masa kem IDT ary tu..). Kita kena melihat dakwah sebagai tugas terhormat untuk kita semua menjadi mulia di sisi Allah. Dakwah, satu kalimah yang mungkin selalu kita dengar dalam kehidupan kita sehari-hari.

Mungkin ketika berbual dengan kawan di pejabat, atau dalam tazkirah di masjid dan surau. Apabila ditanya kepada masyarakat kebanyakan berkenaan pengertian dakwah, pelbagai versi pengertian dakwah akan diberi mengikut pemahaman masing-masing.


Ape yang masyarakat masa kini paham tentang dakwah sebenornye??? Ni antara yang ana perhatikan mengenai pendapat@tafsiran masyarakat masa kini tentang dakwah r. Antaranya ialah:


Ada yang mengertikan dakwah dengan kerja mengajak orang jadi baik saja ataupun ajak orang pergi masjid semata-mata. 

Ada juga yang memberi pengertian bahawa dakwah ini adalah kerja untuk mengajak kepada yang makruf dan membanteras kemungkaran.

Ada juga yang faham dakwah adalah hak milik eksklusif ustaz yang mengajar di masjid saja, tak perlulah bukan ustaz atau bukan budak sekolah agama hendak menyibuk dalam urusan dakwah.

Ada juga yang berpendapat tidak payahlah aku ini nak penat-penat masuk kumpulan dakwah atau fikir pasal dakwah, cukuplah asal aku dan keluarga aku jadi baik, aku boleh pergi masjid lima kali sehari semalam, boleh ajar anak aku mengaji, Ramadan boleh puasa lepas tu bayar zakat dan kalau ada duit lebih sikit pergi buat haji serta umrah.

Percaya atau tidak, kebanyakan masyarakat Muslim hari ini mempunyai minda yang macam itu ataupun lebih kurang macam itu. Eh, salah ke?

Nanti dulu, kefahaman dakwah itu bukan boleh main agak-agak macam itu saja. Bukan isu remeh-temeh dan ranting, tapi dakwah ini satu tugas besar yang diwarisi daripada nabi sejak zaman-berzaman lagi.

Kalau risalah ini dibawa nabi, maknanya ia memang perkara yang sangat penting untuk kehidupan manusia. Cuba kita kaji betul-betul apa yang dibawa nabi dari dahulu sampai sekarang? Adakah sekadar hendak ajak kawan jadi baik saja?

Rasa-rasanya kalaulah risalah yang dibawa Rasulullah sekadar hendak ajak orang jadi baik saja maka tidak perlulah Rasulullah serta sahabat bersusah-payah berjuang hingga sampai kena bina negara.

Tidak berhenti setakat itu saja, risalah kemudian disampaikan ke segenap pelosok muka bumi oleh sahabat dan tabiin hingga ke China.

Dakwah adalah satu usaha secara tersusun untuk menyampaikan Islam dan menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini supaya semua manusia dapat menikmati keindahan Islam dan bebas dari perhambaan sesama manusia.

Tugas dakwah tidak terhad kepada keluarga kita semata-mata bahkan melangkau jauh sempadan geografi setiap negara.

Ia adalah tugas global apabila kita yang bertuah dilahirkan sebagai umat Islam dan setiap orang daripada kita bertanggungjawab untuk tugas dakwah terbabit.

Ia bukan tanggungjawab ustaz semata-mata, bahkan kita akan dipertanggungjawabkan atas urusan berkenaan.

Mengapa kita perlu berdakwah? Sebab Islam itu adalah agama yang sempurna dan kita wajib untuk berkongsi nikmat kesempurnaan itu dengan semua manusia.

Sebab itulah kita perlu bekerja bersungguh-sungguh. Apabila Islam tertegak di atas muka bumi dan memerintah bumi ini, aman dan makmurlah segala-galanya, ekosistem kembali seimbang dan dunia akan menjadi tempat paling baik untuk didiami.

Faham tak sekarang mengapa kita perlu berdakwah? Tapi persoalannya macam mana hendak memulakan dakwah? Macam mana, kita akan bincangkan dalam artikel yang akan datang.(lpas ana tanya ustazah Aishah r baru ana sambung.tu pom kalau rajin r..)

Marilah sama-sama membabitkan diri kita bersama mereka yang dipilih Allah untuk menjadi penyambung tugas nabi.


~ AnUAr fIrdAUs ~

Saturday, October 9, 2010

NoVeL CiNTa ISLaMiC............

Adalah sorang hamba Allah yang tnya ana tentang kebaikan dan keburukan novel2 cinta islamik ni kat mahasiswa...so, ni je la yang ana mampu jawap setelah dibincangkan ngan ustaz dan ustazah ana...sila baca bagi yg berkenaan...smoga menjadi iktibar bersama...


Sekadar perkongsian kepada anda semua mengenai  ‘trend’ pembacaan novel cinta Islamik yang berlegar sekitar kehidupan mahasiswa pada hari ini. Sesuatu perkara itu hendaklah dinilai dari sudut positif dan juga negatif. Ada yang menolak keras dan ada juga yang membantah dan ada juga yang mengiyakan mana-mana sahaja.

Post ni hanyalah pandangan peribadi ana tidak berniat untuk menyokong atau membantah kerana ada baik dan ada buruknya Cuma pada saya pertimbangkan kewajaran dan bebanan yang kita ada pada hari ini. Kalau ada salah dan silap,harap2 kawan2 betolkan ek....


Jika membawa isu ini saya melihat dari sudut negatif yang berlaku ialah:


Melambatkan Perkara Yang Utama dalam Kehidupan
 
Sebagai mahasiswa ada perkara utama yang perlu diselesaikan terutamanya mereka yang bergelar sebagai tenaga dakwah kampus. Ada keperluan gerak-kerja yang lebih besar jika dibandingkan kita duduk dalam pelbagai posisi setiap masa semasa menghabiskan sebuah novel cinta.

Contoh kita agak lambat untuk bangkit menunaikan kewajipan kita sebagai hamba Allah s.w.t. sekiranya nafsu seronok kita dalam membaca novel. Seronok kerana ia bergelumang dengan jiwa dan hati yang sentiasa digalakkan oleh nafsu setiap masa.


Mula Berkhayal dan Syok Sendiri

Ini mungkin berlaku kepada sesetengah pembaca dan menjadi kemestian dalam sesebuah novel untuk menarik minat pembaca ke arah pembacaan yang seterusnya. Tambah parah kita mula masuk dan meletakkan diri kita dalam ruang tersebut dan mula menitip perkara ini dalam kehidupan tetapi yang menjadi masalah kita membawa keluar perkara yang buruk mengikut tafsiran kita sendiri.

Risau ini semakin menyerlah apabila keseronokkan hati kita mula disulam oleh nafsu dan kita mula berkeyakinan inilah cinta Islam yang aku dambakan pada saat ini syaitan mula memainkan peranan mencucuk dan merenggut diri manusia untuk menyakinkan diri kita.
Ingat!!! Dalam kebaikan syaitan juga mampu beraksi

Antara novel-novel umum di pasaran

Menggugat perancangan harian sebagai mahasiswa

Pada hari yang lepas kita banyak merancang agenda yang besar untuk pembangunan diri, mahasiswa dan Islam terutamanya dan pernahkah kita terfikir perancangan kita sering diganggu-gugat oleh perkara yang kecil dalam kehidupan ? sehingga membawa kepada permasalahan yang berlaku kepada Islam pada hari ini.
Kita mengulang dan membaca berulang-ulang kali untuk meningkatkan kefahaman dan kerana ketagih membaca.
Sebelum kita memulakan pembacaan adakah kita terfikir tentang perkara utama yang perlu kita selesaikan ?


Dari sudut kebaikan:


Persediaan Dan Pemahaman

Bacalah novel dengan NIAT untuk memahami dan mendapatkan ilmu bukan dengan niat NAFSU yang boleh mengganggu amal ibadah kepada Allah s.w.t. Maaf pandangan saya mungkin keras. Saya berikan contoh ini kepada mereka yang bakal dan bersedia untuk membina Baitul Muslim (BM) pada saya yakin ia sangat bagus untuk mereka.

Adakah anda bersedia dan telah membuat persediaan ? 
Mereka yang ingin membina BM perlu bersedia dan memahami tentang pengalaman isi hati antara manusia dan juga kaedah pendekatan yang diambil untuk melaksanakannya berlandaskan kehendak Islam. Islam tidak melarang kita mencari pasangan tetapi cara dan pendekatan yang diambil perlu mematuhi norma-norma kehidupan sebagai seorang individu muslim.

Satu peringatan jangan kita nampakkan kebaikan kepada hasil kerja nafsu dalaman yang kita buat dan kita yakinkan kepada diri inilah Islam yang sebenar tanpa kita merujuk mereka yang lebih pakar dan arif.

Sebagai kesimpulan satu sahaja perkara yang perlu diterapkan dalam diri iaitu disiplin dalam keutamaan yang lebih penting. Kita tidak boleh salahkan kepada perkara yang negatif tetapi salahkan kepada diri yang tidak mampu mengurus dan mengatur kehidupan dengan baik. Mohon maaf aritkel ini adalah untuk pertimbangan bersama.

Renung-renungkan bersama.....


p/s: kalau ada pertanyaan lain,sila hantarkan pertanyaan anda kepada:

j17ipgki@gmail.com

insyaAllah KAMI akan menjawab soalan tersebut dalam masa terdekat.....


-Azahari-

WuJuDKaH CiNTa iSLaMiC???

Cinta Islami. adakah yang terpampang di minda kita satu pasangan yang berpakaian sopan, menutup aurat, menjaga jarak antara mereka, dan menjaga kelakuan mereka.

bagi sesetgah orang, cara bercinta yang seperti inilah baik, elok dan sempurna.. tapi question mark disini adalah adkah cinta islami itu tidak sama dengan corak cinta muda mudi zaman sekarang..? kalau benar berbeza apakah perkara yang membezakannya tue..? hurm.. ammar nie asek2 cakap pasal couple.. kenape yek..? sbb honestly, ammar pon punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi.. kekadang ammar pon rse couple tue x pe... tapi stelah byak kali ditarbiyah.. Armz sedar cinta remaja itu x kan bawa kita ke mana.. bertitik tolak dari situ, Armz cuba mencari dalil-dalil, rencana2, forum2 yang membincangkan mengenai isu couple ini.. dan hasilnya banyak ilmu yang Armz dapat dan bak kata orang semakin kita mencari ilmu, semakin banyak yang kita x tahu..

walaupun ana x tau ramai orang yang melawat blog nie tapi ana tetap menulis untuk diri armz sendiri, sebagai peringatan untuk diri armz sendiri.. mengenai tajuk thread kali nie mngenai wujudkah cinta islami ini.. apakah wujud suatu perasaan cinta yang dinamakan Cinta Islamik??

kat bawah nie Armz amek dri blog  http://wan.humaimee.com. ske bace rencana dier..

Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.

Pernah seoarang sahabat bertanya pada saya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”

Saya menjawab,”Mudah..melalui cinta Illahi”

“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.

“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”

“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”

“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”

“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya”



-AmmaR-




Monday, October 4, 2010

CERITA RAYA KAMI,,

Assalamualaikum,,
 masih di bulan syawal yang mulia..bdw,Salam Lebaran sekali lagi buat semua pembaca KAMI dan silent readers..ha,actually banyak cerita nak dik0ngsi..ehem,ehem..t'batuk pulak,

(1) Assigment b'timbun2
Nak dijadikan cerita,hari isnin ada beberapa esaimen perlu disubmit..maka kelam kabut laa di antara kami,ada yang belum start apa2 lagi,ada yang baru ada bahan,ada yang xbkk s0alan p0n lagi (eh,adekah??) huh..apa2 p0n malam tuh semua mata mcm burung hantu,,samapikan lapt0p p0n nak t'muntah m'ngadap muka tuan masing2 yang dah macam r0ti b0m xcukup gula..huk3 macam mana rupanya??

(2) 0pen h0use meletup!!
Yeah,setelah seminggu mata xcukup tid0,telinga xbape nak dengar,perut xdipedulikan..at last,KAMI berjaya submit hampir keseluruhan esaimen.Cuma tinggal Math sahaja..huhuhuhu...ser0n0k bukan main =D

and...n0w,math p0n dah b'jaya disubmit..h00raY!!! 

Jadi,setelah b'penat lelah,Rezeki pula datang mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah C0C02 Crunch!

jadual beraya KAMI,
-Kediaman Ust Razimi dan Isteri
-Kediaman Ust Md Idris & Ustzh Ju
-Kediaman Ustzh Wan Maznah & suami

Alhamdulillah,semua berjalan lancar walau berlaku sedikit 'scrashed' di situ..tet
apa p0n semua dah settle..fuh..syukur t'amat..

Terima kasih kpd semua penaja-penaja makanan hari tuh,,sedap2 belaka..rasa macam nak flash back blk.nak mkn bihun t0m yam byk2...emm,

0pps,ada lg sebuah rumah t'lupa nak disebut...rumah Pn. Norazimah,lecturer math KAMI sewaktu di sem 2...terima kasih atas jemputan,,yang ada rezeki cuma sebahagian drp KAMI..lain2nya ada k0mitmen msg2...s0,xdptla...~s0rry~

papep0n,enj0y b'aidilfitri di sini~~~~

jgn lupa,rumah t'buka JAPIM bel0m lg nih!! hihi...ASRAMA t'buka p0n bel0m lg,..apalagi,serbulah nanti!!
huhuhu...

k,bye..setakat ni je cel0teh dr KAMI,
sebarang k0men,dan perasaan jelezz sila c0mment'kan' di bwh ini,
Thank y0u (>_<)v

Sunday, October 3, 2010

adkah kau sebagai peneman wahai sahabat?

KAU SAHABAT KAU TEMAN



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati



Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku ku teman sejati



Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak yang Esa



Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hambamu
Sahabatku akanku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi



Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau besama kami



Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga fatehah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati 

Ke Arah Memanifestasi Emansipasi Muslim Minda Bitara (KAMI)

Selamat Datang Welcome Ahlan wa Sahlan wa Marhaban bi Kum